Monday 8 August 2016

Penawar Batu Karang yang Mujarab : Pokok Pecah Kaca / Pecah Beling

Pokok ini mempunyai pelbagai nama seperti pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok ini mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Pengamal perubatan secara tradisional menggunakan daun pokok ini untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.



Cara penggunaan daun untuk dijadikan penawar penyakit :

1Tumor 
Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai. Cara pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur. Pantang: Ikan masin, cabai, tauge, sawi putih, kangkung, nanas, durian, lengkong, nangka,  alkohol dan tapai. 

2. Diabetes Mellitus 
Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai. Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur. Pantang: makanan yang manis-manis. 

3.  Liver (sakit Kuning) Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai. Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur. Pantang: makanan yang mengandung lemak. 

4.  Hemeroid
Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai. Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur. Pantang: Daging kambing dan makanan/masakan yang pedas. 

5.  Kolesterol tinggi 
Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai. Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur. Pantang: makanan yang berlemak. 

6.  Kena Bisa Ulat dan Semut Hitam 
Bahan: Daun pecah beling segar 1 helai. Cara Pemakaian: digosokkan pada bagian tubuh yang gatal hingga daun tersebut mengeluarkan air dan hancur. Dilakukan 2 kali setelah berselang 2 jam. 

7. Sakit Pinggang.
Bahan : Ambil 10 helai daunnya, dan direbus setelah dicuci, Biarkan sampai mendidih, kemudian diangkat, Disejukkan selama dua jam, dan air rebusan itu diminum satu gelas tiga kali sehari. 

NOTA: Air rebusan daun pecah beling sebaiknya jangan diulang minum pada hari berikutnya. Sediakan ramuan baru setiap hari. Minum terus setiap hari sehingga sakit pinggang insyaAllah sembuh.

Dipetik daripada :http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/06/pecah-beling-strobilanthes-crispus-ubat.html
Antara khasiat pokok ini ialah seperti yang dilaporkan dalam kajian oleh Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar. Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.  :
- merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. 
- ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. 
-fitosterol daripada daun pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.
-ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada . Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.



Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

23 comments:

  1. Salam.. sy pengeluar herba warisan yg mampu menyembuhkan serta memusnahkan penyakit batu karang dan batu hempedu, tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang. Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat penyakit batu karang dan batu hempedu ini dan seterusnya mencegah dari terus merebak ke tahap yang lebih teruk. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit batu karang dan batu hempedu ini dari terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.
    Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia...hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, justeru itu ia amat mujarab, jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya.
    Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini.JUS INFINITI turut mampu merawat pelbagai jenis penyakit kanser dan menjadi makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.Insyaallah sama-sama kita berikhtiar.
    Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy
    Encik Mohd Zuhairi 0174687570
    (Whats App ,Call,SmS )
    HARGA 1BOTOL: RM180
    NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS
    NO. PENDAFTARAN SYARIKAT:
    PG 0346818-W
    NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  2. Terima kasih En Zul atas perkongsian tuan.

    ReplyDelete
  3. Mcmana nak mkn daun jin ni utk bt karang ye...bt yg dah besar dlm buah pinggang, blh pecah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya dirujuk kepada doktor perubatan kes seperti itu.

      Pakar herba mencadangkan daun pokok pecah beling ini direbus bersama tangkainya sekali ( bukan daunnya sahaja ) untuk dijadikan minuman.

      Delete
  4. tumpang iklan ya admin
    saya ada produk pecah beling
    >100% semulajadi
    >lulus KKM
    >dalam kapsul
    hubungi kami ndlife untuk dapatkannya
    www.wasap.my/60104228568
    fb: @kapsul.aprikot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga produk tuan dapat membantu orang ramai yang menghadapi masalah batu karang ini.

      Delete
    2. Tuan Shahrizad, boleh share gambar produk tak? Dan isi kandungan kapsul tu. Terima kasih

      Delete
  5. Untuk batu karang..daun ni rebus dengan apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rebus daun dan tangkainya dengan air sahaja.

      Delete
  6. Di mana boleh dapat daun pecah beling ni ya?

    ReplyDelete
  7. Try tanya di nursery ..dah banyak pokok ni. Cara rebus ambil daun dan tangkainya sekali dan rebus dengan sukatan tiga cawan air didihkan sehingga tinggal satu cawan. Selamat mencuba ...apa-apa pun rujuk yang pakar supaya lebih berkesan.

    ReplyDelete
  8. Sy mmg minum air daun ni. Dah byk kali keluar batu karang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh share cara penggunaan daun ini dan kekerapan pengambilannya seperti yang diamalkan oleh saudara sekarang. Tq.

      Delete
    2. Boleh share cara rebusan dia dan berapa kali sehari kemene minum ye...

      Delete
    3. Betul tu daun tu amat berkesan kepada sakit batu karang...saya pun ada menguna kan

      Delete
    4. Mna nak dapat daun batu karang tuu

      Delete
  9. saya ada tanam pokok ini... saya ambil dari kampung...makcik saya kata air rebusan daun ini dapat merawat batu karang.... ambil 7 helai di rebus bersama gula batu... minum segelas sehari selama 7 hari.... pertama kali saya cuba... hari kelima terus rasa sakit bahagian belakang badan... kena masuk hospital.. doktor sahkan batu karang nak keluar.. terpaksa saya lakukan prosedur utk keluarkan batu karang... seminggu juga duduk di hoapital.... lepas tu.. saya tak berani lagi minum air daun pecah beling ni... azab nya bila batu tu nak keluar..

    ReplyDelete
  10. Tq kerana sudi kongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  11. Salam...ank jiran sye kerap pedih ulu hati...kemungkinan hempedu batu ..jdi mak dia sruh dia amalkn minum air daun pecah karang..caranye...daun tu dikeringkn cam daun teh...pastu ambik 3 ,5 atau 7 helai dn msukkn dlm cawan atau koleh pastu msuk kn air panas...cam kita buat air teh cina. Selepas amalkn dlm masa seminggu..insyAllah... dh x pedih dh ulu hati nye smpai skg. Korang cuba amal kn camtu sekiranye terase pedih atau cramp kat ulu hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kerana sudi share moga bermanfaat utk pengunjung blog ini.

      Delete