Tuesday 10 April 2018

Enjin Exora Bold Mati Akibat Sensor Oksigen Rosak.

Entri kali ini saya nak kongsi sedikit info dan pengalaman berkaitan sensor oksigen yang rosak dan menimbulkan sedikit kerisauan.

Sensor oksigen yang telah rosak

Tanda-tanda awal sensor ini hampir rosak ialah enjin kereta anda akan ada sedikit gegaran semasa enjin mula-mula dihidupkan atau semasa berhenti menunggu di lampu trafik. Terjadi kepada saya juga beberapa kali enjin kereta tiba-tiba mati ketika hendak memulakan perjalanan. Agak cemas juga setelah kereta dibawa ke SC, mekanik memberitahu ada tiga kemungkinan jika enjin bergegar yang memerlukan kos pembaikan mencecah ribuan ringgit. Alhamdulillah setelah diperiksa puncanya ialah sensor oksigen yang rosak dan kosnya tidaklah mencecah ribuan ringgit.  Punca gegaran ini rupa-rupanya ada kaitan dengan fungsi sensor oksigen ini yang mengesan sukatan minyak dan oksigen dalam keadaan normal supaya terhasil nisbah bahan bakar yang betul bagi pembakaran yang sempurna.

Jika nisbah bahan bakar ini tidak normal maka kesannya ialah  enjin akan cepat panas akibat oksigen berlebihan. Kesan yang lebih merugikan apabila alat ini rosak ialah penggunaan minyak akan meningkat secara berlebihan dan membazirkan wang anda . Oleh itu cara terbaik ialah membawa kereta anda ke SC untuk ditukar sensor oksigen yang baharu dengan kos sekitar RM250 sahaja. 

Alat ini berkemungkinan tidak berfungsi dengan berkesan jika telah terlalu lama digunakan iaitu dalam lingkungan 100 000km yang berpunca daripada kekotoran yang keluar dari injap ekzos serta akibat semburan air ketika bahagian bawah kereta dibasuh.



Rujukan daripada blog :
http://senangeja.blogspot.my/2015/07/oxygen-sensor-bermasalah-lampu.html