Wednesday 14 November 2018

Majlis Konvokesyen Anakanda Amirah Fasya di Universiti Malaysia Sarawak pada 31 Oktober 2018

Detik bersejarah buat anakanda Amirah Fasya Binti Jama kerana berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang bioteknologi di UNIMAS. Penat lelah selama empat tahun di bumi Kenyalang terubat setelah melalui hari yang ceria ini dengan ditemani keluarga.Tarikh 31 Oktober 2018 menjadi kenangan manis buat beliau kerana diraikan dan diiktiraf kesarjanaannya dalam Majlis Konvokesyen UNIMAS yang ke-22. Tahniah diucapkan dan semoga terus melakar kejayaan pada masa-masa yang akan datang.




Trip ke Sarawak kali ini diisi dengan melawat ke Kampung Budaya yang berkeluasan 17 ekar terletak di Pantai Damai, Santubong. Jarak perjalanan hanyalah 32km dari bandar Kuching dan jalan raya ke sini sangat bagus. Di sini para pengunjung disajikan dengan rumah-rumah pelbagai suku kaum di Sarawak dan persembahan kebudayaan berbentuk tarian di teater yang berhampiran pintu masuk di dalam perkampungan ini. Di dalam setiap rumah dipamerkan kelengkapan kegunaan harian suku kaum yang tinggal di situ dan barangan kraf tangan serta makanan mereka. Untuk memudahkan pergerakan ke sana anda disarankan menyewa kereta yang mudah didapati di lapangan terbang , hotel atau tempahan secara dalam talian dan pastikan bayaran dibuat setelah kereta diserahkan untuk mengelakkan anda ditipu.



Penginapan di Astana Wing, Hotel Riverside sangat selesa dan kami mendapat  layanan yang mesra daripada setiap stafnya.  Hotel yang terletak di pinggir Sungai Sarawak ini memudahkan tetamunya untuk melawat ke tempat-tempat tumpuan pelancong di sekitar Kuching.



Sempat juga ngeteh bersama sahabat lama iaitu Saudara Tarmeze di tepi Sungai Sarawak yang menemani anak beliau menghadiri konvokesyen di UNIMAS pada hari yang sama.