Wednesday 24 February 2016

Khasiat Buah Markisa yang Perlu Diketahui





Buah yang berbentuk bulat dan mempunyai biji berselaput kuning ini mempunyai rasa yang unik dan jelas berbeza. Aroma buah markisa ini sangatlah enak dan segar. Buah ini bermanfaat dalam merawat beberapa penyakit berbahaya.

Pelbagai khasiat daripada buah markisa untuk kesihatan tubuh, antaranya ialah :
  1. Mengubati asma. Kandungan zat blok histamin pada buah markisa ini mampu mengubati penyakit asma, sehingga Anda tidak perlu risau untuk mencari ubat asma atau lelah ini.
  2. Merawat kanser. Buah markisa juga berfungsi sebagai sumber antioksidan semulajadi yang berfungsi sebagai pencegah penyakit berbahaya seperti kanser.
  3. Dapat memperkuat tulang dan gigi. Kandungan betakaroten yang tinggi pada buah markisa berfungsi sebagai memperkuat perkembangan tulang dan gigi,
  4. Mencegah kecacatan pada bayi. Kandungan asid folate pada buah markisa sangat baik jika diambil oleh ibu hamil, sebab kandungan tersebut baik untuk mengurangi risiko kecacatatan otak. Selain itu kandungan asid folate buah markisa juga dapat mencegah kolesterol dan juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.
  5. Meningkatkan metabolisme tubuh. Buah ini dapat melancarkan metabolisme pada usus besar dan juga mengubati masalah sembelit.

No comments:

Post a Comment