Monday 27 March 2017

Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan Unit Tg Medang Hulu 2017

Alhamdulillah mesyuarat agung Peladang Unit Tg Medang Hulu telah berjaya diadakan dengan lancar pada 14 Mac 2017 yang lalu bermula jam 2.30 petang di Balai Raya Tg Medang Hulu. Kehadiran ahli ke mesyuarat agung adalah antara yang terbaik di kawasan Pekan seperti dimaklumkan oleh wakil daripada PPK iaitu Tok Penghulu Zaidi yang merasmikan mesyuarat pada petang tersebut. 





Mesyuarat berjalan dalam suasana yang sangat harmoni dan disulami dengan pelbagai cadangan untuk kemajuan unit ini antaranya cadangan untuk memajukan tanah terbiar di kampung ini dan juga untuk mewujudkan agro bazar supaya para ahli unit ini dapat memasarkan hasil pertanian tanpa melalui orang tengah.






1 comment:

  1. The emperor casino no deposit bonus
    The emperor casino no deposit bonus bonus offers players the 제왕카지노 chance to play the most choegocasino exciting casino games 메리트 카지노 주소 without spending real money on any  Rating: 4.8 · ‎Review by ShootingCasino

    ReplyDelete