Tuesday 14 February 2017

Ubi Manis Keluaran Kampung Tanjung Medang Hulu


Ubi manis yang ditanam oleh ibu saya di Kg Tg Medang Hulu sangat laris dijual pada musim banjir baru-baru ini. Kebanyakannya dibeli oleh VVIP dan pegawai agensi kerajaan yang melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir yang kebetulannya terletak di hadapan rumah ibu saya iaitu Hajah Rahil binti Ismail ( Chu Rahil ).

Ubi manis atau ubi badak ini sangat sedap direbus dan dicecah dengan kelapa parut.Sebelum dimasak eloklah direndam isi ubi ini dahulu dengan garam supaya hilang lendirnya. Sayur lemak putih atau sayur tumis juga sangat sesuai jika dicampur dengan ubi ini.Ubi manis mudah ditanam cuma memerlukan junjung atau trellis untuk pokoknya menjalar.



Ubi manis isi putih



Ada ubi yang belum mencapai saiz standard telah dicabut juga sebelum ditenggelami banjir.

4 comments:

  1. Nak mintak beli benih ubi badak. Sila email saya di akmarhassan@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply...akan cuba bantu kalau stok masih ada.

      Delete
  2. salam tuan, boleh saya dapatkan contact details ibu tuan untuk urusan pembelian ubi? email saya meemabag@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm...stok ubi masih ada, nanti saya email info.

      Delete