Wednesday, 23 November 2016

Dinner di Seri Perdana Bersama YAB Perdana Menteri


Entry kali ini tiada kaitan dengan tema dan skop blog cuma untuk merakamkan kenangan menghadiri makan malam bersama-sama YAB Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO Bahagian Pekan di Seri Perdana pada 28.10.16 yang lalu.


Di hadapan Kompleks Seri Perdana dan ini kali kedua menjejakkan kaki ke situ.



Bersama Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Tanjung Medang Hulu



Berbual tentang isu semasa di Pekan dan negara.



Membisikkan sesuatu kepada PM untuk pertimbangan beliau.




Dapat dinner semeja dengan PM merupakan satu kenangan yang manis.

Tuesday, 8 November 2016

Cara Elak Serangan Lalat Buah Tanpa Penggunaan Racun


Untuk mengelakkan serangan lalat buah terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan. Saya memilih menggunakan candy net yang dibeli di kedai barangan pengantin. Kebiasaannya bekas ini digunakan oleh tuan rumah untuk mengisi telur atau gula-gula yang diedarkan kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan atau sebagainya.

Lalat buah juga dapat diperangkap dengan menggunakan cecair pemikat tetapi risikonya ialah cecair pemikat tersebut akan menarik minat lalat buah seluruh kawasan tersebut ke perangkap yang disediakan dengan kemungkinan berlaku juga serangan akibat kedatangan lalat buah yang terlalu banyak.

Thursday, 6 October 2016

Bercucuk Tanam Secara Jimat : Border Pengganti Pasu Plastik atau Seramik

Border ini boleh dibeli di nursery atau di kedai-kedai pertanian di tempat anda. Kos untuk menyediakan tempat tanaman lebih murah jika kita membeli pasu sama ada jenis seramik atau plastik. Lagipun bekas ini jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan pasu yang diperbuat dari seramik. Harga sekeping border ini ialah RM65  dan jika dipotong dalam ukuran 1 meter panjang kita boleh dapat 4 pasu bersaiz besar ( seperti dalam gambar 5 ) dan 2 pasu bersaiz kecil. Jika pasu dari seramik mungkin harga sepasu dalam RM40. Saiz border yang dibuat bergantung kepada keperluan pembeli dan tapaknya boleh diganti dengan bekas plastik dalam pelbagai saiz yang terdapat dalam pasaran sekarang.



1


2





3


4


5

Cabaran dan Keseronokan Menyemai Keratan Pokok Tin

Sebelum keratan pokok tin disemai , perkara-perkara berikut perlu dilakukan :
1. Pilih dahan yang matang ( kalau dibeli secara pos tiada pilihanlah )
2. Keratan dipotong dalam ukuran 6 inci atau sekurang-kurangnya ada 4 node
    atau mata tunas. Saya pernah lihat ada yang menyemai keratan dalam
    ukuran yang lebih kecil untuk jimat.
3. Rawat keratan dengan bahan anti kulat yang sesuai.
4. Rendam keratan dalam hormon pengakaran selama 1 jam.
5. Keringkan keratan dan masukkan dalam bekas semaian.
6. Letak keratan dalam bekas yang sesuai dan tutup.

Hujung keratan ditutup dengan snake ballon ( boleh sapukan dengan cat kalis air
atau lilin jika tiada sealler ) untuk mengelakkan kehilangan cecair dan
media yang digunakan ialah peatfree dan perlite dengan nisbah 3:1 


Bekas polistirena  digunakan kerana lebih murah dan ringan.

7. Biarkan keratan dalam bekas selama lebih kurang 2 minggu
    ( bergantung kepada variety pokok tin ) kerana ada yang lebih lama.
8. Setelah bertunas , buka bekas menyimpan semaian keratan secara berperingkat untuk proses menguatkan pokok ( hardening )

Keratan telah mula mengeluarkan daun

9. Setelah pokok agak stabil mulalah dedahkan kepada cahaya matahari pagi sehingga pukul 10.00 pagi dan letakkan di tempat yang terbuka setelah pokok semakin stabil serta semburkan ( spray ) dengan air jika media terlalu kering, tidak perlu siram lagi.


Proses di atas merupakan pengalaman saya menyemai keratan pokok tin yang dibeli secara pos. Kejayaan proses ini belum dapat dipastikan kerana proses menguatkan pokok ( hardening ) dan memindahkan anak semaian ke pasu atau tempat tanaman ( repotting ) sangat kritikal dalam menyemai keratan pokok tin. Doakan saya berjaya kali ini, insya-Allah.

Wednesday, 21 September 2016

Pokok Tin: Sedikit Perkongsian untuk Beginner

Variety tidak diketahui tetapi penjual maklumkan dari negara Arab dibeli dengan harga RM30.


Variety Black Jack yang dibeli di Pekan bernilai RM80

BTM6 yang dibeli daripada penjual dari Beserah , Kuantan berharga RM80.

Setakat ini sudah ada empat pokok tin di sekitar rumah. Sekarang sedang menunggu keratan daripada variety IBG, MD, Adriatic, Brunhwick. Percubaan kedua untuk menyemai keratan agak yakin kerana persediaan medium yang sesuai dan sedikit pengetahuan daripada perkongsian dengan rakan-rakan figgers. Kali ini saya menggunakan medium seperti perlite, peatfree dan rooting hormone yang sesuai.

Persedian untuk repotting dan penggunaan border untuk menggantikan pasu kerana kos yang lebih murah.


Manakala anak-anak poko yang dibeli kelihatan sangat stabil dan sudah ada kelihatan mata ketam. Medium untuk tanaman dalam pasu itu saya cuba menggunakan cocopeat, topsoil dan pasir dengan ratio 1:2:2 kerana pokok tin tidak suka air yang bertakung atau dikatakan wet feet. Baja yang digunakan diberi melalui daun dan juga baja NPK biasa untuk buah.

Wednesday, 7 September 2016

Seindah Bunga Markisa yang Sedang Mekar

Bunga Markisa menghasilkan bau yang menarik terutamanya pada waktu malam.


Bunga Pokok Leletup juga seakan-akan bunga markisa tetapi saiznya lebih comel. 

Monday, 29 August 2016

Matoa : Buah Unik yang Hebat dan Berkhasiat

Sumber : http://www.vegetafruit.com/2014/10/matoa-fruit-delicious-and-rich-benefits.html

Pokok matoa yang masih kecil...lambat lagi nak berbuah ni

Buah matoa mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bentuk , rasa, dan aromanya. Pesakit kencing manis atau diabetis dinasihatkan mengambil buah ini dalam kuantiti yang terkawal kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Matoa sangat kaya dengan vitamin C dan vitamin E yang mampu meningkatkan daya tahan tubuh dan bersifat antioksidan. Vitamin E memang diakui memiliki manfaat sebagai ubat penenang semulajadi yang dapat menghilangkan stres. Buah yang mewah dengan vitamin E ini juga sangat dominan dalam menjaga kecantikan kulit dan mengekalkan keanjalannya. Hasilnya kulit akan sentiasa terjaga dan kelihatan lembap serta halus.

Wanita yang ingin meningkatkan kesuburan mereka dicadangkan meletakkan buah ini dalan senarai diet mereka. Ancaman kanser juga dapat dibanteras dengan mengambil buah ini secara teratur kerana kandungan antioksidannya menjadi musuh kepada sel-sel kanser yang cuba menyerang dan mematikan sel-sel yang sihat dalam badan. Buah yang unik ini juga berupaya merendahkan risiko terkena serangan penyakit jantung.

Wednesday, 24 August 2016

Ubat Jerawat Paling Murah


Telah terbukti bahawa banyak manfaat daun bidara kepada kita terutamanya untuk membersihkan kulit daripada kekotoran dan menjaga kemulusan kulit.

Masalah jerawat dengan remaja sudah sinonim sejak dahulu lagi. Mereka sangat risau akan penampilan mereka terutamanya remaja perempuan. Entri kali ini ingin saya  berkongsi kaedah mengatasi masalah jerawat dengan sifar kos sahaja. Penggunaan daun bidara juga dipercayai dapat mengatasi masalah kulit wajah berminyak .

Cara Penggunaanya :
Ambil beberapa helai daun bidara kemudian ditumbuk halus lalu masukkan ke dalam bekas yang sesuai seperti mangkuk plastik. Masukkan air yang secukupmya supaya campuran tadi menjadi agak pekat. Seteruskannya sapukan campuran tadi ke muka untuk dijadikan sebagai masker,dan biarkan selama 20 minit sehingga mengering sepenuhnya.

Kemudian bilaslah dengan air bersih tanpa menggunakan sebarang pencuci atau sabun. Anda akan dapat merasai perbezaaannya dalam sekelip mata sahaja. Teruskan usaha ini selama dua bulan dengan kekerapan penggunaanya tiga atau empat kali seminggu.


* Artikel di atas hanyalah petua yang mungkin berkesan kepada sesetengah individu walau bagaimanapun tidak rugi apa-apa kalau mencuba. Tq.


Numerous Benefits By Eating Oranges


In Malaysia everybody love to eat mandarin oranges during the Chinese New Year celebration. They can easily found in almost every supermarket in Malaysia. They are most popular fruits around the world which can be consume as a delicious snack and appears in various dishes. In order to get more juice from this citrus fruits, they have to be warmer. Rolling the orange under the palm of our hand on a flat surface like dining table or kitchen cabinet will help to extract more juice. This wonderful juice can promoting a healthy start to the day when included in our breakfast.


Oranges also called golden apple offer numerous benefits to our health. Here are amazing benefits we can derive by eating oranges:
- boots immunity
- prevents ageing skin
- protect the eyes
- prevents cancer
- prevents heart disease
- prevent hair loss
and many more.

When you cut an orange, make sure you eat it quickly because vitamin C cannot last long or destroyed fast when exposed to air.





Sunday, 21 August 2016

Menurunkan Berat Badan dengan Mangga

Mangga ialah buah tropika yang sangat lazat kalau dijadikan pencuci mulut seperti pulut mangga. Di Pekan, pulut mangga yang sedap ada dijual di pasar tani riverfront bandar Pekan. Buah ini mempunyai rasa dan aroma yang unik serta hadir dalam pelbagai warna, bentuk, dan saiz. Buah ini kaya dengan vitamin A, vitamin C, vitamin E, hingga mangan dan zink. Mangga juga mengandungi serat yang tinggi untuk melancarkan proses pencernaan.
Pengambilan buah mangga secara teratur dalam diet seharian iaitu sebiji sehari di samping buah-buahan yang lain berupaya membekalkan nutrisi yang lebih beraneka kepada tubuh kita. Rutin ini jika diamalkan bukan sahaja dapat menurunkan berat badan tetapi memberi hasil yang lebih hebat iaitu membantu kita  memiliki kulit yang lembut dan mencerahkan wajah. 

Monday, 8 August 2016

Pokok Daun Pecah Kaca atau Pecah Beling ( Strobilanthes Crispus ) yang Hebat Kesan Penyembuhannya untuk Batu Karang dan penyakit-penyakit yang lain


Sambungan daripada entri sebelum ini untuk menjelaskan kaedah penggunaan pokok pecah kaca atau pecah beling ini. Semoga bermanfaat kepada para pengunjung blog ini.

Pokok yang menghasilkan bunga berbentuk corong dan berwarna kuning ini diyakini dapat menyembuhkan pelbagai penyakit berikut :

1.Batu Karang
- Petik empat helai daun kemudian didihkan bersama 1 liter air. Minum air rebusan tiga kali seminggu  pada waktu malam. Boleh juga rendamkan daun ini sahaja dalam air yang mendidih dan minum setelah sejuk.

2.Kencing Tidak Lawas
- Amalkan makan sehelai daun sebanyak tiga kali seminggu. Sekali makan sehelai daun. Sebagai contoh sehelai pada hari Isnin, sehelai pada hari Khamis dan sehelai lagi pada hari Ahad.

3.Hemeroid / Buasir
- Ambil daun segar dalam kuantiti 20 - 50 gram, direbus dengan enam gelas air sehinggga  tinggal tiga gelas sahaja. Sejukkan air rebusan dan minum tiga kali seminggu dalam kuantiti satu gelas sekali minum sehari. 

4. Kencing Manis
- Ambil daun segar dalam kuantiti 20 - 50 gram, direbus dengan enam gelas air sehingga  tinggal tiga gelas sahaja. Sejukkan air rebusan dan minum tiga kali seminggu dalam kuantiti satu gelas sekali minum sehari. 

5.Sembelit
- Sediakan setengah genggam daun pecah kaca yang segar, setelah dicuci bersih didihkan dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air sahaja. Tapis dan minum setelah sejuk.





Penawar Batu Karang yang Mujarab : Pokok Pecah Kaca / Pecah Beling

Pokok ini mempunyai pelbagai nama seperti pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok ini mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Pengamal perubatan secara tradisional menggunakan daun pokok ini untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.



Cara penggunaan daun untuk dijadikan penawar penyakit :

1Tumor 
Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai. Cara pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur. Pantang: Ikan masin, cabai, tauge, sawi putih, kangkung, nanas, durian, lengkong, nangka,  alkohol dan tapai. 

2. Diabetes Mellitus 
Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai. Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur. Pantang: makanan yang manis-manis. 

3.  Liver (sakit Kuning) Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai. Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur. Pantang: makanan yang mengandung lemak. 

4.  Hemeroid
Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai. Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur. Pantang: Daging kambing dan makanan/masakan yang pedas. 

5.  Kolesterol tinggi 
Bahan: Daun pecah beling segar 3 helai. Cara Pemakaian: dimakan sebagai ulam setiap hari dan dilakukan secara teratur. Pantang: makanan yang berlemak. 

6.  Kena Bisa Ulat dan Semut Hitam 
Bahan: Daun pecah beling segar 1 helai. Cara Pemakaian: digosokkan pada bagian tubuh yang gatal hingga daun tersebut mengeluarkan air dan hancur. Dilakukan 2 kali setelah berselang 2 jam. 

7. Sakit Pinggang.
Bahan : Ambil 10 helai daunnya, dan direbus setelah dicuci, Biarkan sampai mendidih, kemudian diangkat, Disejukkan selama dua jam, dan air rebusan itu diminum satu gelas tiga kali sehari. 

NOTA: Air rebusan daun pecah beling sebaiknya jangan diulang minum pada hari berikutnya. Sediakan ramuan baru setiap hari. Minum terus setiap hari sehingga sakit pinggang insyaAllah sembuh.

Dipetik daripada :http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/06/pecah-beling-strobilanthes-crispus-ubat.html
Antara khasiat pokok ini ialah seperti yang dilaporkan dalam kajian oleh Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar. Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.  :
- merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. 
- ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. 
-fitosterol daripada daun pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.
-ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada . Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.



Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

Wednesday, 13 April 2016

Laman Cantik Dengan Rumput Filipina




Rumput filipina mudah dijaga dan kurang bermasalah cuma pada tahap awal penanamannya kena kerap disiram supaya cepat menyesuaikan diri dengan kawasan yang baru ditanam. Seelok-eloknya rumput disiram pada awal pagi supaya air tidak cepat tersejat oleh panas cahaya matahari. Pengalaman saya meninggalkan rumput ini selama empat hari tanpa disiram telah menyebabkan rumput-rumput yang nampak segar pada mulanya telah mati.

Rumput filipina cepat membiak di kawasan yang redup atau kurang mendapat cahaya matahari. Jika tidak dipotong maka rumput itu akan tumbuh bertompok-tompok dan kemungkinan menjadi sarang serangga berbisa seperti lipan. Kekerapan rumput dipotong adalah dalam sebulan setengah sekali sudah memadai. Mesin rumput jenis rotary sangat sesuai untuk rumput ini kerana boleh nampak sama ketinggian potongannya. Mesin rumput jenis gendong tidak sesuai dan juga berbahaya untuk digunakan berhampiran dengan rumah kerana batu-batu kecil mungkin boleh memecahkan cermin tingkap rumah dan cermin kereta.



Monday, 28 March 2016

Matag: Kelapa Hibrid yang Popular




Kelapa matag ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan.  Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter.  Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.  

Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun. Berdasarkan harga pasaran RM2.00 sebiji maka dengan keluasan tanaman sehektar atau 2.5 ekar maka hasilnya ialah RM60000 setahun. Alangkah ruginya orang kampung yang membiarkan sahaja tanah mereka terbiar tanpa diusahakan dengan tanaman kelapa matag ini. 

Kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ketiga dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun keempat dengan kepadatan tanaman yang sesuai ialah 180 pokok sehektar dapat menghasilkan 161 biji sepokok dalam masa setahun.

Ciri-ciri istimewa kelapa matag ialah saiz buah yang besar dan isi yang sama tebal dengan kelapa varieti lain. Buah kelapa yang dituai popular untuk air kelapa muda, santan dan juga kopra. Walau bagaimanapun varieti kelapa yang lain yang tumbuh berhampiran dengan kebun kelapa jenis ini perlu ditebang untuk mendapatkan hasil kelapa matag yang tulen.

Sumber Rujukan:

http://usahawantani-kelantan.blogspot.my/2012/05/kelapa-mataq-tanaman-industri-lumayan.html


Tuesday, 22 March 2016

Penawar Semulajadi Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis iaitu Daun Bismillah



Pokok ini saya dapat semasa diadakan gotong-royong di kawasan perumahan Peramu Jaya 2 anjuran JPP Zon 17 dengan kerjasama pihak Majlis Daerah Pekan.

Daun pokok bismillah ini sangat berkhasiat untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis namun perlu diambil dalam kuantiti yang betul untuk mengelakkan sebarang kesan yang tidak baik kepada penggunanya. Jika kuantiti yang diambil  tidak tepat dikhuatiri tekanan darah dan kandungan gula dalam darah akan menjadi terlalu rendah atau tidak normal.

Maklumat lanjut tentang cara penggunaannya bolehlah layari laman web berikut :

http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-daun-afrika-selatan-pokok-bismillah.html

http://fazlisyam.com/2010/01/17/tahukah-anda-nama-pokok-ini/




Wednesday, 9 March 2016

Mulberi yang berkhasiat tinggi



Pokok mulberi atau nama latinnya morus ialah genus tumbuhan dari keluarga moraceae. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun begitu kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.


Terlalu banyak khasiat pokok mulberi ini seperti :

1.Buah mulberi dikatakan dapat memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

2.Buah mulberi turut digunakan untuk merawat masalah tidak dapat mengawal mengawal keluarnya air kencing, pening,kembung, dan masalah sembelit.

3.Mengambil buah ini dalam diet kita dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan yang kurang melalui tanda-tanda seperti mulut mereka agak kering dan lidah terasa panas. 

4.Jus buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja.

5.Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, disarankan mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan masalah yang dinyatakan.

6.Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula boleh dijadikan teh untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

7.Daun yang telah dilumatkan mujarab dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga berbisa.

8.Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang.

9.Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

Pembaca yang ingin mencuba khasiat buah, daun, kulit dan akar pokok mulberi perlu meminta nasihat daripada doktor atau pihak yang pakar untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.


Rujukan :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mulberi

https://suteraungu87.blogspot.com/2013/11/khasiat-buah-mulberry.html#ixzz42TRVOYHO

Tuesday, 8 March 2016

Manfaat Limau Kasturi




Limau kasturi atau nama saintifiknya citrus microcarpa mempunyai pelbagai khasiat yang sudah diketahui oleh masyarakat. Di samping untuk menghasilkan minuman yang menyegarkan, limau kasturi mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan penjagaan diri kita. Berikut saya senaraikan kegunaan limau kasturi untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita

1.Merawat sakit tekak.
Campur jus limau kasturi dengan madu lebah dan diminum.

2.Menghilangkan kesan kotoran yang degil.
Jus limau kasturi dicampur dengan garam dan disapu pada tempat terkena kotoran tadi selama kira-kira 10 minit kemudian dibilas dengan air bersih.

3.Mengatasi lelah.
Perahan limau kasturi dicampur dengan madu lebah dan diambil seminggu sekali.

4.Mengatasi bau badan yang kurang enak.
Amalkan makan kulit limau kasturi secara mentah untuk mengatasi masalah ini.

5.Melegakan pening kepala.
Kulit limau kasturi dimakan secara mentah berupaya mengatasi masalah pening kepala yang dialami. 
  

Cara membuat kordial limau kasturi dengan asam boi:

   Limau kasturi dipotong sedikit bahagian atasnya.
   Cucuk  asam boi pada bahagian limau kasturi yang telah dipotong.
   Guna air panas untuk membancuh air gula secukupnya.
   Masukkan limau kasturi yang telah dicucuk asam boi tadi ke dalam air gula.
   Sejukkan dahulu bancuhan tadi kemudian simpan di dalam peti sejuk dalam tempoh tiga atau empat hari.
   Ambil limau kasturi dan asam boi tadi berserta airnya dan bancuhlah di dalam bekas minuman.

Selamat mencuba.


Rujukan :

http://petuasejagat.blogspot.my/2010/01/5-khasiat-limau-kasturi.html



Thursday, 3 March 2016

Khasiat Daun Kemangi untuk Kesihatan


Pokok kemangi sangat mudah ditanam. Kita hanya perlukan keratan batang pokok tersebut dan cucukkannya sahaja ke tanah. Pokok ini mempunyai khasiat yang sangat banyak kepada manusia jika dijadikan diet harian. Berikut beberapa manfaat daun kemangi bagi kesihatan lelaki dan wanita.
1. Meredakan demam & masuk angin
Daun kemangi mampu meredakan demam dan masuk angin yang diderita oleh kanak-kanak umur bawah lima tahun ( children under five ). Kaedahnya adalah dengan mengambil beberapa daun kemangi, kemudian dilumatkan dengan bawang merah 
dan minyak kelapa, lalu dilumurkan ke perut, dada, dan punggung kanak-kanak tersebut.

2. Menyihatkan mata dan mulut
Vitamin A dalam daun kemangi memiliki kemampuan untuk mengubati infeksi mata, meredakan mata yang stres, dan mencegah gangguan pada mata lainnya. Bukan itu sahaja, selain daun mint, kemangi juga berupaya menyegarkan bau mulut jika dimakan di samping dapat mencegah bau badan dan bau mulut. Kebanyakan daripada kita memanfaatkan daun ini sebagai ulam ketika makan nasi atau dicecah dengan sambal.

4. Anti inflamasi
Kemangi merupakan agen anti inflamasi yang bertugas menyembuhkan bengkak dan berkesan meredakan radang sendi. Kemangi juga termasuk sumber kalsium yang baik yang diperlukan tulang untuk mencegah osteoporosis.

5. Menopouse
Kemangi dapat menunda menopouse disebabkan kandungan triptofan pada daun kemangi dapat menunda monopause. Oleh sebab itu, perbanyakkanlah mengambil daun ini dalam diet harian anda khususnya kaum wanita  jika anda ingin menunda masa menopouse.

6. Mencegah batuk
Di Thailand, kemangi digunakan sebagai perencah masakan. Di India dan sebagian wilayah di Afrika, daun kemangi direndam dengan air panas untuk dijadikan minuman the. Teh kemangi dihidangkan pada saat perubahan musim kerana ketika ini mereka mudah diserang batuk, selesema, atau demam.

7. Mengatasi Keputihan
Kandungan kimia dalam kemangi dapat membunuh kulat penyebab keputihan. Oleh itu ketika anda mengalami keputihan, rajin-rajinlah mengambil daun kemangi sama ada sebagai ulaman atau dicampur dengan makanan lain.

8. Merangsang Sel Telur
Daun kemangi dapat membantu proses pematangan sel telur (ovulasi) kerana kandungan  stigmaasterol dalam kemangi merangsang pematangan sel telur (ovulasi).

9. Antiradang
Kandungan cineole, myrcene dan eugenol yang terdapat pada daun kemangi berfungsi sebagai antibiotik semulajadi dan antiperadangan.

10. Kesihatan Jantung
Berdasarkan beberapa penelitian, daun kemangi berfungsi dalam memelihara kesihatan jantung kerana kandungan betakaroten dan magnesium. Kedua-duanya merupakan mineral penting yang berfungsi menjaga dan memelihara kesihatan jantung.

11. Mengatasi Stroke
Meningkatkan fungsi pembuluh darah nadi (artery) pada pesakit stroke kerana kandungan isoflavon pada kemangi dapat meningkatkan fungsi pembuluh darah nadi (artery) kepada pengidap stroke.

12.Mengubati Panau
Panau juga dapat disembuhkan dengan cara menghaluskan daun kemangi yang harus dicuci bersih, campurkan dengan sedikit kapur sirih dan sapukan pada bahagian badan yang terkena panau tersebut.

13. Manfaat Yang Lainnya
Para perokok disarankan mengunyah daun kemangi apabila teringin hendak merokok. Dengan begitu, kekuatan antioksidan mampu memperbaiki sistem yang rosak akibat daripada nikotin. Kemangi juga sangat berkesan dalam meredakan stres, mencegah diabetes, dan mengatasi masalah kidney stone.


Rujukan :



Wednesday, 2 March 2016

Teknik Meningkatkan Hasil Jambu Madu






Serangan lalat buah dan hujan lebat telah menyebabkan buah jambu madu yang masak ranum sangat  sedikit dapat dipetik pada kali ini. Daun-daun pokok jambu madu juga telah diserang oleh ulat beluncas. Sudah pasti kerja-kerja pemangkasan kali ini agak memenatkan.  
Pertumbuhan pokok jambu madu yang sihat sangat memerlukan pembajaan dari peringkat anak benih lagi. Pokok dewasa mesti mendapat pembajaan tiga bulan sekali atau paling tidak dua kali dalam satu tahun. Baja perlu ditabur di sekeliling pokok dengan radius satu meter dengan kuantiti yang sesuai. Pembajaan perlu dilakukan dua kali seminggu jika buah sedang berbuah. Baja NPK dan organik banyak terdapat di pasaran untuk menyuburkan pokok jambu madu ini.

Hasil yang terbaik dapat diperoleh jika dilakukan pemangkasan yang betul terhadap pokok ini. Pemangkasan ranting dan dahan perlu dilakukan untuk pembentukan kanopi yang sempurna kerana banyaknya ranting dan dahan sangat mempengaruhi jumlah buah yang akan terhasil.  Bahagian pokok yang perlu dipangkas ialah bahagian yang terkena penyakit, sudah tua, terlindung cahaya matahari dan ranting yang tumbuh ke arah dalam pokok. Untuk mengelakkan pokok daripada stres , jumlah daun yang dibuang mestilah tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah daun pada pokok tersebut.


Rujukan :


Tuesday, 1 March 2016

Penjagaan Nangka Madu

Nama saintifik bagi pokok nangka ialah artocarpus heterophylus daripada keluarga moraceae.Nangka berkemungkinan berasal dari India. Tanaman ini juga terdapat di Indonesia, Thailand dan Filipina. Di negara kita nangka banyak ditanam di Johor, Pahang, Kedah, dan Terengganu.

Buah ini sangat diminati kerana enak dimakan begitu sahaja atau dibuat jus minuman, kordial, kari dan sebagai pencuci mulut.


Poko perlu dicantas  untuk menghasilkan kecergasan pokok , untuk mendapatkan bentuk kanopi yang sesuai dan merangsang pengeluaran buah. Cantasan melibatkan pembuangan dahan yang mati, berpenyakit dan membuang sulur air. Cantasan dahan yang tidak diperlukan memberi laluan udara dan sinaran matahari yang diperlukan. Putik  perlu dibiarkan satu sahaja setangkai  untuk menghasilkan buah yang sihat, berbentuk normal dan seragam.


Pokok nangka memerlukan pengairan untuk menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan untuk mengelakkan tekanan kekurangan air semasa musim kemarau

Kita perlu melihat melihat perubahan sifat luar buah untuk menganggarkan peringkat kematangan buah nangka. Duri nangka kelihatan tajam dan rapat antara satu sama lain pada peringkat muda. Buah yang sudah matang, durinya semakin tumpul dan menjarak antara satu sama lain. Kematangan buah juga dapat dikesan apabila tangkai yang kelihatan mengecut dan bahagian absis pada tangkal buah membengkak. Buah yang masak juga apabila buah dijentik atau diketuk, mengeluarkan bunyi kosong (tidak padat) selain dapat dikesan melalui baunya.


Rujukan :



Monday, 29 February 2016

Keajaiban Durian Belanda

Pokok yang ditanam tepi pagar ini sudah banyak kali berbunga tetapi akhirnya putik gugur ke tanah. Mungkin baru belajar berbuah agaknya. Harga buah Durian Belanda yang mahal menyebabkan timbul minat untuk menanamnya di kawasan rumah. Dikatakan daun durian belanda ini mampu menghalau anai-anai daripada kawasan rumah kita.

Durian belanda menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Sekarang ramai orang Malaysia mencari buah durian belanda kerana dikatakan berkesan untuk mengubati penyakit dan merupakan pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan kesan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. 




Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai antibakteria, antifungus , berkesan melawan berbagai-bagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali  sistem saraf  yang kurang baik. Jadi amalkanlah makan dan minum jus buah yang ajaib ini dalam menu harian kita.


Rujukan :


http://fenditazkirah.blogspot.my/2015/05/khasiat-buah-durian-belanda.html