1. Pilih dahan yang matang ( kalau dibeli secara pos tiada pilihanlah )
2. Keratan dipotong dalam ukuran 6 inci atau sekurang-kurangnya ada 4 node
atau mata tunas. Saya pernah lihat ada yang menyemai keratan dalam
ukuran yang lebih kecil untuk jimat.
3. Rawat keratan dengan bahan anti kulat yang sesuai.
4. Rendam keratan dalam hormon pengakaran selama 1 jam.
5. Keringkan keratan dan masukkan dalam bekas semaian.
6. Letak keratan dalam bekas yang sesuai dan tutup.
Bekas polistirena digunakan kerana lebih murah dan ringan. |
7. Biarkan keratan dalam bekas selama lebih kurang 2 minggu
( bergantung kepada variety pokok tin ) kerana ada yang lebih lama.
8. Setelah bertunas , buka bekas menyimpan semaian keratan secara berperingkat untuk proses menguatkan pokok ( hardening )
Keratan telah mula mengeluarkan daun |
9. Setelah pokok agak stabil mulalah dedahkan kepada cahaya matahari pagi sehingga pukul 10.00 pagi dan letakkan di tempat yang terbuka setelah pokok semakin stabil serta semburkan ( spray ) dengan air jika media terlalu kering, tidak perlu siram lagi.
Proses di atas merupakan pengalaman saya menyemai keratan pokok tin yang dibeli secara pos. Kejayaan proses ini belum dapat dipastikan kerana proses menguatkan pokok ( hardening ) dan memindahkan anak semaian ke pasu atau tempat tanaman ( repotting ) sangat kritikal dalam menyemai keratan pokok tin. Doakan saya berjaya kali ini, insya-Allah.
No comments:
Post a Comment