|
Variety tidak diketahui tetapi penjual maklumkan dari negara Arab dibeli dengan harga RM30. |
|
Variety Black Jack yang dibeli di Pekan bernilai RM80
|
|
BTM6 yang dibeli daripada penjual dari Beserah , Kuantan berharga RM80. |
Setakat ini sudah ada empat pokok tin di sekitar rumah. Sekarang sedang menunggu keratan daripada
variety IBG, MD, Adriatic, Brunhwick. Percubaan kedua untuk menyemai keratan agak yakin kerana persediaan medium yang sesuai dan sedikit pengetahuan daripada perkongsian dengan rakan-rakan
figgers. Kali ini saya menggunakan medium seperti
perlite,
peatfree dan
rooting hormone yang sesuai.
|
Persedian untuk repotting dan penggunaan border untuk menggantikan pasu kerana kos yang lebih murah. |
Manakala anak-anak poko yang dibeli kelihatan sangat stabil dan sudah ada kelihatan mata ketam. Medium untuk tanaman dalam pasu itu saya cuba menggunakan cocopeat, topsoil dan pasir dengan ratio 1:2:2 kerana pokok tin tidak suka air yang bertakung atau dikatakan wet feet. Baja yang digunakan diberi melalui daun dan juga baja NPK biasa untuk buah.
No comments:
Post a Comment