Showing posts with label Alam Ria Golf. Show all posts
Showing posts with label Alam Ria Golf. Show all posts

Monday, 6 November 2017

Sukan Golf Semakin Diminati Pelajar SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan

Sukan golf telah diwujudkan di InSTAR berdasarkan bakat yang ada dalam kalangan pelajarnya sebelum mereka melangkah ke sekolah ini. Pihak sekolah melalui PIBG telah menyediakan peralatan yang secukupnya untuk mengembangkan bakat para pemain golf InSTAR. Pihak Kelab Golf Diraja Pekan ( KGDP ) dan PPD Pekan sangat membantu perkembangan sukan golf dalam kalangan pelajar di daerah Pekan ini. KGDP sendiri mempunyai Jawatankuasa Pembangunan Golf Remaja yang menganjurkan beberapa siri klinik golf kendalian MGA dan kejohanan untuk mencungkil  bakat-bakat baharu dalam kalangan remaja yang berminat.



Para pemain golf InSTAR 2017

Flight Bawah 15 semasa MSSD Pekan

Hanya dua golfer InSTAR melepasi miss cut hari pertama.
Amir Fakhrul muncul juara bagi kategori L15.

Diharapkan agar lebih ramai pelajar akan menceburi sukan ini supaya kelab golf ini akan terus berkembang. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak PIBG kerana menyumbang peralatan dan membiayai para pemain menghadiri klinik golf dan menyertai beberapa kejohanan yang telah berlangsung pada tahun ini.


Wednesday, 12 April 2017

Pertandingan Golf Mesra Team MB Pahang vs Team Pendidikan Pahang 2017

Flight Tee Box 12 B

Menerima hadiah daripada YAB MB Pahang berupa coffee maker


Team  Pekan bersama YB Dato' Khairuddin , YB Dato' Bakar dan YAB MB Pahang

Pertandingan Golf Mesra ini telah berlangsung pada 2 April 2017 yang lalu di Mahkota Golf and Country Club , Kuantan. Seramai 88 orang pemain telah mengambil bahagian pada hari tersebut. Pertandingan menggunakan format Stableford System 36 points. Para pemenang ditentukan secara undian pairing points.

Setelah selesai pertandingan, para pemain telah dihiburkan oleh YAB Menteri Besar Pahang dengan alunan merdu suara beliau menyanyikan lagu-lagu Melayu dan Hindustan. Semoga pertandingan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Warga pendidikan Pahang mengucapkan terima kasih atas kesudian YAB MB Pahang turut serta dalam pertandingan pada kali ini.