Wednesday, 23 November 2016

Dinner di Seri Perdana Bersama YAB Perdana Menteri


Entry kali ini tiada kaitan dengan tema dan skop blog cuma untuk merakamkan kenangan menghadiri makan malam bersama-sama YAB Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO Bahagian Pekan di Seri Perdana pada 28.10.16 yang lalu.


Di hadapan Kompleks Seri Perdana dan ini kali kedua menjejakkan kaki ke situ.



Bersama Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Tanjung Medang Hulu



Berbual tentang isu semasa di Pekan dan negara.



Membisikkan sesuatu kepada PM untuk pertimbangan beliau.




Dapat dinner semeja dengan PM merupakan satu kenangan yang manis.

Tuesday, 8 November 2016

Cara Elak Serangan Lalat Buah Tanpa Penggunaan Racun


Untuk mengelakkan serangan lalat buah terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan. Saya memilih menggunakan candy net yang dibeli di kedai barangan pengantin. Kebiasaannya bekas ini digunakan oleh tuan rumah untuk mengisi telur atau gula-gula yang diedarkan kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan atau sebagainya.

Lalat buah juga dapat diperangkap dengan menggunakan cecair pemikat tetapi risikonya ialah cecair pemikat tersebut akan menarik minat lalat buah seluruh kawasan tersebut ke perangkap yang disediakan dengan kemungkinan berlaku juga serangan akibat kedatangan lalat buah yang terlalu banyak.

Thursday, 6 October 2016

Bercucuk Tanam Secara Jimat : Border Pengganti Pasu Plastik atau Seramik

Border ini boleh dibeli di nursery atau di kedai-kedai pertanian di tempat anda. Kos untuk menyediakan tempat tanaman lebih murah jika kita membeli pasu sama ada jenis seramik atau plastik. Lagipun bekas ini jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan pasu yang diperbuat dari seramik. Harga sekeping border ini ialah RM65  dan jika dipotong dalam ukuran 1 meter panjang kita boleh dapat 4 pasu bersaiz besar ( seperti dalam gambar 5 ) dan 2 pasu bersaiz kecil. Jika pasu dari seramik mungkin harga sepasu dalam RM40. Saiz border yang dibuat bergantung kepada keperluan pembeli dan tapaknya boleh diganti dengan bekas plastik dalam pelbagai saiz yang terdapat dalam pasaran sekarang.



1


2





3


4


5

Cabaran dan Keseronokan Menyemai Keratan Pokok Tin

Sebelum keratan pokok tin disemai , perkara-perkara berikut perlu dilakukan :
1. Pilih dahan yang matang ( kalau dibeli secara pos tiada pilihanlah )
2. Keratan dipotong dalam ukuran 6 inci atau sekurang-kurangnya ada 4 node
    atau mata tunas. Saya pernah lihat ada yang menyemai keratan dalam
    ukuran yang lebih kecil untuk jimat.
3. Rawat keratan dengan bahan anti kulat yang sesuai.
4. Rendam keratan dalam hormon pengakaran selama 1 jam.
5. Keringkan keratan dan masukkan dalam bekas semaian.
6. Letak keratan dalam bekas yang sesuai dan tutup.

Hujung keratan ditutup dengan snake ballon ( boleh sapukan dengan cat kalis air
atau lilin jika tiada sealler ) untuk mengelakkan kehilangan cecair dan
media yang digunakan ialah peatfree dan perlite dengan nisbah 3:1 


Bekas polistirena  digunakan kerana lebih murah dan ringan.

7. Biarkan keratan dalam bekas selama lebih kurang 2 minggu
    ( bergantung kepada variety pokok tin ) kerana ada yang lebih lama.
8. Setelah bertunas , buka bekas menyimpan semaian keratan secara berperingkat untuk proses menguatkan pokok ( hardening )

Keratan telah mula mengeluarkan daun

9. Setelah pokok agak stabil mulalah dedahkan kepada cahaya matahari pagi sehingga pukul 10.00 pagi dan letakkan di tempat yang terbuka setelah pokok semakin stabil serta semburkan ( spray ) dengan air jika media terlalu kering, tidak perlu siram lagi.


Proses di atas merupakan pengalaman saya menyemai keratan pokok tin yang dibeli secara pos. Kejayaan proses ini belum dapat dipastikan kerana proses menguatkan pokok ( hardening ) dan memindahkan anak semaian ke pasu atau tempat tanaman ( repotting ) sangat kritikal dalam menyemai keratan pokok tin. Doakan saya berjaya kali ini, insya-Allah.

Wednesday, 21 September 2016

Pokok Tin: Sedikit Perkongsian untuk Beginner

Variety tidak diketahui tetapi penjual maklumkan dari negara Arab dibeli dengan harga RM30.


Variety Black Jack yang dibeli di Pekan bernilai RM80

BTM6 yang dibeli daripada penjual dari Beserah , Kuantan berharga RM80.

Setakat ini sudah ada empat pokok tin di sekitar rumah. Sekarang sedang menunggu keratan daripada variety IBG, MD, Adriatic, Brunhwick. Percubaan kedua untuk menyemai keratan agak yakin kerana persediaan medium yang sesuai dan sedikit pengetahuan daripada perkongsian dengan rakan-rakan figgers. Kali ini saya menggunakan medium seperti perlite, peatfree dan rooting hormone yang sesuai.

Persedian untuk repotting dan penggunaan border untuk menggantikan pasu kerana kos yang lebih murah.


Manakala anak-anak poko yang dibeli kelihatan sangat stabil dan sudah ada kelihatan mata ketam. Medium untuk tanaman dalam pasu itu saya cuba menggunakan cocopeat, topsoil dan pasir dengan ratio 1:2:2 kerana pokok tin tidak suka air yang bertakung atau dikatakan wet feet. Baja yang digunakan diberi melalui daun dan juga baja NPK biasa untuk buah.

Wednesday, 7 September 2016

Seindah Bunga Markisa yang Sedang Mekar

Bunga Markisa menghasilkan bau yang menarik terutamanya pada waktu malam.


Bunga Pokok Leletup juga seakan-akan bunga markisa tetapi saiznya lebih comel. 

Monday, 29 August 2016

Matoa : Buah Unik yang Hebat dan Berkhasiat

Sumber : http://www.vegetafruit.com/2014/10/matoa-fruit-delicious-and-rich-benefits.html

Pokok matoa yang masih kecil...lambat lagi nak berbuah ni

Buah matoa mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bentuk , rasa, dan aromanya. Pesakit kencing manis atau diabetis dinasihatkan mengambil buah ini dalam kuantiti yang terkawal kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Matoa sangat kaya dengan vitamin C dan vitamin E yang mampu meningkatkan daya tahan tubuh dan bersifat antioksidan. Vitamin E memang diakui memiliki manfaat sebagai ubat penenang semulajadi yang dapat menghilangkan stres. Buah yang mewah dengan vitamin E ini juga sangat dominan dalam menjaga kecantikan kulit dan mengekalkan keanjalannya. Hasilnya kulit akan sentiasa terjaga dan kelihatan lembap serta halus.

Wanita yang ingin meningkatkan kesuburan mereka dicadangkan meletakkan buah ini dalan senarai diet mereka. Ancaman kanser juga dapat dibanteras dengan mengambil buah ini secara teratur kerana kandungan antioksidannya menjadi musuh kepada sel-sel kanser yang cuba menyerang dan mematikan sel-sel yang sihat dalam badan. Buah yang unik ini juga berupaya merendahkan risiko terkena serangan penyakit jantung.