1. Kesihatan jantung
- Buah delima dapat menurunkan kolesterol jahat ( LDL ) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan jus buah ini dapat berfungsi melancarkan pengaliran darah ke jantung.
2. Bersifat antikanser
- Delima mengandungi antioksida yang tinggi di samping vitamin A dan C dan zat besi dalam melawan radikal bebas untuk mencegah kanser.
3. Bagus untuk penghadaman
- Jus ini sangat membantu proses penghadaman melalui pengeluaran enzim yang dapat mengatasi masalah sembelit.
4. Merawat anemia
- Kandungan zat besi yang terdapat dalam kuantiti yang tinggi dalam buah ini dapat meningkatkan hemoglobin dalam darah.
5. Mengawal tekanan darah
- Pengambilan jus delima dapat mengurangkan tekanan darah tinggi sehingga 5%. Jus delima berupaya mengatasi inflamasi pada saluran darah dan mengelakkan pembentukan gumpalan darah.Namun begitu pengambilan jus delima tidak digalakkan kepada individu yang sedang mengambil ubat tekanan darah kerana mampu mengakibatkan hypotensi.
No comments:
Post a Comment