Monday, 29 February 2016

Keajaiban Durian Belanda

Pokok yang ditanam tepi pagar ini sudah banyak kali berbunga tetapi akhirnya putik gugur ke tanah. Mungkin baru belajar berbuah agaknya. Harga buah Durian Belanda yang mahal menyebabkan timbul minat untuk menanamnya di kawasan rumah. Dikatakan daun durian belanda ini mampu menghalau anai-anai daripada kawasan rumah kita.

Durian belanda menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Sekarang ramai orang Malaysia mencari buah durian belanda kerana dikatakan berkesan untuk mengubati penyakit dan merupakan pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan kesan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. 




Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai antibakteria, antifungus , berkesan melawan berbagai-bagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali  sistem saraf  yang kurang baik. Jadi amalkanlah makan dan minum jus buah yang ajaib ini dalam menu harian kita.


Rujukan :


http://fenditazkirah.blogspot.my/2015/05/khasiat-buah-durian-belanda.html

Sunday, 28 February 2016

Kelebihan Daun Belalai Gajah / Sabah Snake Grass




Daun Belalai Gajah / Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans (Burm.F.) dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostate, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis, buah pinggang dan banyak lagi. Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
Cara-cara penggunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut  tahap penyakit :
·         Tahap 1 : 30 daun setiap hari
·         Tahap 2 : 50 daun setiap hari
·         Tahap 3 : 100 daun setiap hari
·         Tahap 4 : 150 – 200 daun setiap hari
Bilangan daun boleh dikurangkan setelah penyakit beransur pulih.
Cara-cara membuat jus daun belalai gajah :
·         masukkan setengah @ satu cawan air dalam pengisar
·         masukkan 2 @ 3 kiub ais jika suka
·         tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
·         masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut tahap seperti di atas. Elak basuh
          dengan air paip
·         masukkan sebiji  epal  hijau yang sudah dibuang kulit dan biji
·         kisar halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih daripada  5 minit kerana khasiatnya akan
          hilang
·         jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
·         Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah. Daun ini juga enak dijadikan ulam.

Saya ambil di link ini -http://kongsibersamanora dan  http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.my/

Thursday, 25 February 2016

Pokok Bidara Berduri Banyak Manfaatnya





Pelbagai nama panggilan pokok bidara antaranya  epal vietnam, jujub; (Inggeris), dan (Arab) Sidr.

Antara Kegunaan Daun Bidara:

1)Mandi Jenazah
Daun pokok bidara biasanya digunakan semasa memandikan jenazah bagi orang Islam.

2)Ruqyah Mengubati Gangguan Sihir
Daun bidara juga selalu  digunakan  dalam proses rawatan penyakit gangguan jin dengan dibacakan doa atau ayat-ayat al-Quran tertentu.

3)Pelbagai Penyakit Fizikal
Dengan cara penggunaan yang betul dapat membantu menyembuhkan penyakit seperti rawatan cirit-birit, luka dan ulser di dalam mulut.

              Sudah ramai yang datang meminta daun bidara ini untuk tujuan rawatan gangguan jin dan saya berikan secara percuma sahaja. Kalau perlukan daun ini datanglah ke rumah saya di Peramu Jaya 2, Pekan.



Wednesday, 24 February 2016

Delima Berbuah Lebat

Buah delima sangat berkhasiat dari segi :
1. Kesihatan jantung
- Buah delima dapat menurunkan kolesterol jahat ( LDL ) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)  dan jus buah ini dapat berfungsi melancarkan pengaliran darah ke jantung.

2. Bersifat antikanser
- Delima mengandungi antioksida yang tinggi di   samping vitamin A dan C dan zat besi dalam melawan radikal bebas untuk mencegah kanser.

3. Bagus untuk penghadaman
- Jus ini sangat membantu proses penghadaman melalui pengeluaran enzim yang dapat mengatasi masalah sembelit.

4. Merawat anemia
- Kandungan zat besi yang terdapat dalam kuantiti yang tinggi dalam buah ini dapat meningkatkan hemoglobin dalam darah.

5. Mengawal tekanan darah
- Pengambilan jus delima dapat mengurangkan tekanan darah tinggi sehingga 5%. Jus delima berupaya mengatasi inflamasi pada saluran darah dan mengelakkan pembentukan gumpalan darah.Namun begitu pengambilan jus delima tidak digalakkan kepada individu yang sedang mengambil ubat tekanan darah kerana mampu mengakibatkan hypotensi.




Khasiat Buah Markisa yang Perlu Diketahui





Buah yang berbentuk bulat dan mempunyai biji berselaput kuning ini mempunyai rasa yang unik dan jelas berbeza. Aroma buah markisa ini sangatlah enak dan segar. Buah ini bermanfaat dalam merawat beberapa penyakit berbahaya.

Pelbagai khasiat daripada buah markisa untuk kesihatan tubuh, antaranya ialah :
  1. Mengubati asma. Kandungan zat blok histamin pada buah markisa ini mampu mengubati penyakit asma, sehingga Anda tidak perlu risau untuk mencari ubat asma atau lelah ini.
  2. Merawat kanser. Buah markisa juga berfungsi sebagai sumber antioksidan semulajadi yang berfungsi sebagai pencegah penyakit berbahaya seperti kanser.
  3. Dapat memperkuat tulang dan gigi. Kandungan betakaroten yang tinggi pada buah markisa berfungsi sebagai memperkuat perkembangan tulang dan gigi,
  4. Mencegah kecacatan pada bayi. Kandungan asid folate pada buah markisa sangat baik jika diambil oleh ibu hamil, sebab kandungan tersebut baik untuk mengurangi risiko kecacatatan otak. Selain itu kandungan asid folate buah markisa juga dapat mencegah kolesterol dan juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.
  5. Meningkatkan metabolisme tubuh. Buah ini dapat melancarkan metabolisme pada usus besar dan juga mengubati masalah sembelit.

Tuesday, 2 February 2016

Longan Pingpong yang Manis


Buah longan pingpong ini sangat manis rasanya. Cuma terpaksa bersaing dengan kelawar untuk mencapai saiz maksimun iaitu sebesar bola pingpong. Harga pasaran pokok ini mencecah RM40 sepokok dan banyak dijual di pasar malam atau nursery berhampiran. Pokok ini juga mudah dibiakkan menerusi tut. Setakat ini saya telah menghadiahkan dua anak pokok ini kepada individu yang berminat untuk ditanam di kawasan rumah masing-masing.

Pokok anggur mula berbuah

Pokok anggur hijau yang dibeli di Mardi Cameron Highland pada Jun 2015 telah mula berbuah setelah selesai diprunning pada awal Disember 2015. Pokok anggur ini hanya dibiarkan menjalar pada pagar chainlink di bahagian belakang rumah. Mungkin pertengahan Februari 2016 ini dapatlah dipetik buah yang telah masak.