Thursday, 18 May 2017

Pengalaman Bengang Berapi : Kisah Tukar Timing Belt Exora Bold

As salam, entri kali ini saya nak kongsi pengalaman cuba berjimat dengan menukar timing belt di bengkel luar atau bukan di pusat servis Proton. Setelah bertanya kepada beberapa orang sahabat tentang bengkel yang mungkin boleh diharap di tempat saya maka bengkel A telah dipilih untuk menukar alat ganti yang dinyatakan di atas.

Setelah dinasihatkan mekanik supaya menggunakan alat ganti tulen Proton, saya pun bersetuju dengan harga yang ditetapkan walaupun tanpa melihat terlebih dahulu alat ganti yang dinyatakan. Mungkin sebab bengkel Melayu maka kita rasa lebih selamat daripada unsur-unsur penipuanlah agaknya.

Tensioner

Timing belt dan tensioner yang telah siap dipasang
Pada sebelah petangnya tuan punya bengkel telefon maklumkan kereta telah siap dipasang dengan alat ganti yang baharu. Sejumlah RM480 dijelaskan untuk harga alat ganti dan upah. Saya dimaklumkan bahawa set timing belt tersebut berharga RM290 dan bakinya belting aircond dan kos upah. Sebaik sahaja exora bold saya meninggalkan kawasan bengkel sudah ada kelainan pada enjin dan adanya bunyi agak kasar daripada bawah bonet hadapan. Exora rasa agak berat dan berbunyi bising apabila saya cuba untuk menambah kelajuan kereta. Hatipun mula rasa panas kerana kualiti kerja bengkel yang sangat rendah. Rupa-rupanya bunyi bising tersebut datangnya daripada tensioner yang telah bengkok. Oleh sebab tiada tensioner baharu , mekanik memasang tensioner lama dan meminta aku kembali semula ke bengkel pada hari yang lain.

Hari berikutnya, tensioner baharu diganti tetapi setelah diuji, bunyi bising masih ada dan diganti lagi tensioner baharu. Hati makin panas kerana sudah lama menunggu di bengkel yang berdebu dan bising. Akhirnya mekanik menukar tensioner jenama lain dan exora sudah tidak berbunyi bising lagi tetapi Exora Bold saya sudah berbeza dengan sebelumnya dari segi prestasi enjinnya dan masih ada bunyi yang jelas berbeza dengan sebelumnya.

Oleh sebab tidak berpuas hati dengan servis bengkel tersebut maka saya telah membawa Exora tersebut ke pusat servis Proton untuk diperiksa oleh mekanik semula. Setelah hampir enam bulan berlaku pula leaking disebabkan semasa menukar timing belt dahulu oil seal tidak ditukar sekali. Kos untuk proses tersebut berjumlah RM285 pula terpaksa dikeluarkan. Pengajarannya ialah bawalah Exora Bold anda ke pusat servis Proton untuk ketenangan hati dan rasa selamat semasa memandu walaupun terpaksa berbelanja lebih. Beza kos bengkel dengan pusat servis Proton dalam RM600 sahaja tidak berbaloi dengan lamanya masa yang dibazirkan di bengkel dan kos periksa semula kereta di pusat servis Proton serta kos lainnya yang sudah melebihi seribu ringgt ditambah pula hati yang bengang berapi dengan situasi yang dialami.